Saturday, 28 February 2015

KEGAGALAN SEKOLAH MELAKSANAKAN PENGEMASKINIAN INI SEBELUM 28 FEBRUARI 2015 AKAN MENJEJASKAN PERJAWATAN GURU DI SEKOLAH TUAN/PUAN

Makluman Kepada Semua

PERHATIAN

SEMUA SEKOLAH DIMINTA MENGEMASKINI MAKLUMAT KELAS DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS DAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI DI SEKOLAH HARIAN BAGI KEPERLUAN PERMOHONAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS (PERJAWATAN) TAHUN 2016 SEBELUM 28 FEBRUARI 2015. SISTEM PERMOHONAN ABM (PERJAWATAN) AKAN MULA DIBUKA PADA 1 MAC 2015 DAN DITUTUP PADA 14 MAC 2015. KEGAGALAN SEKOLAH MELAKSANAKAN PENGEMASKINIAN INI SEBELUM 28 FEBRUARI 2015 AKAN MENJEJASKAN PERJAWATAN GURU DI SEKOLAH TUAN/PUAN


1.
Maklumat pelajar Pra Sekolah tidak perlu didaftar masuk di APDM. Sila daftar maklumat tersebut di Sistem Maklumat Pra Sekolah Kebangsaan (SMPK).
2.
Mulai 1 Januari 2015, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dinamakan sebagai modul Pengurusan Murid (PM) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Sila muat turun surat siaran berkaitan.
3.
Proses naik kelas secara automatik telah dilakukan oleh sistem. Penolong Kanan Pentadbiran diwajib mendaftarkan kelas yang belum wujud atau mengemaskini kelas sedia ada di sekolah masing-masing berserta maklumat guru kelas. Guru kelas dikehendaki mengemaskini data murid SEBELUM 15 JANUARI 2015. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab di atas segala tugas pengemaskinian data dan maklumat murid diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Pengetua/Guru Besar diwajib mengesahkan semua data murid selepas tamat tempoh pengemaskinian.
4.
Kehadiran murid bagi semua sekolah adalah menerusi modul Pengurusan Murid (PM).
5.
Muat turun Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21 Tahun 2014 : Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014.
6.
Muat turun 'Garis Panduan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) '.
7.
Muat turun 'FAQ modul Pengurusan Murid (PM) '.
8.
Muat turun surat arahan 'Pelaksanaan eKehadiran melalui APDM'.
9.
Muat turun Panduan Aplikasi Pengurusan Bantuan(APB) bagi Guru KWAPM.
10.
Muat turun Surat Kemaskini SPS PKhas.

Wednesday, 18 February 2015

Taklimat mengenai pengurusan KWAMP 2015 secara atas talian

Taklimat mengenai pengurusan KWAMP 2015 secara atas talian akan diadakan kepada guru penyelaras KWAMP sekolah bagi Daerah Jerantut seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 26hb. Februari 2015 (Khamis)
Masa : 8.30 – 1.00 petang
Tempat : Deawan Al-Farabi PPD Jerantut
Oleh yang demikian, guru yang terlibat diminta untuk membawa komputer riba, wayar sambungan dan broadband (jika ada) untuk menghadiri taklimat tersebut.

KWAPM 2015 SECARA ATAS TALIAN


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta membasmi keciciran pelajar daripada persekolahan akibat kemiskinan.

Adalah menjadi hasrat KPM untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang berkemampuan dalam mendapatkan peluang serta akses kepada pendidikan yang samarata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).

Pada tahun 2015 pihak sekolah dikehendaki mengemaskini maklumat penerima bantuan KWAPM secara atas talian.  Pengetua / Guru Besar tidak perlu didaftarkan ke dalam APB. Maklumat diambil terus daripada Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) - Modul Pengurusan Guru (eOPERASI) .Manakala Guru KWAPM perlu didaftarkan ke dalam eOPERASI oleh Pengetua / Guru Besar.  Untuk mengekses aplikasi APB sila lawatihttp://sps.moe.gov.my/utama.php 
Menggunakan link  “Ke Pengurusan Bantuan” yang telah diwujudkan dalam Modul Pengurusan Murid


Peranan Guru KWAPM
> Kemaskini permohonan KWAPM melalui APB.
> Sahkan kewujudan murid eKASIH di sekolah melalui APB.
> Maklum kepada Pengetua/Guru Besar untuk semak dan  sahkan permohonan yang dikemaskini oleh Guru KWAPM.
> Semak dan cetak senarai murid yang diluluskan permohonan KWAPM/eKASIH/eDAMAK.


    Peranan Guru Besar / Pengetua
    > Pantau kemaskini permohonan yang dibuat oleh Guru KWAPM.
    > Sokong/Peraku permohonan yang selesai dikemaskini oleh Guru KWAPM melalui APB.
    > Semak dan kemaskini maklumat akaun bank sekolah di dalam APB


      Muat Turun Manual Pengguna :
      >> KWAPM: Manual Pengguna Permohonan KWAPM Melalui APB (Pengguna - Guru KWAPM)

      >> KWAPM: Manual Pengguna Permohonan KWAPM Melalui APB (Pengguna - Pengetua dan Gur

      Sunday, 8 February 2015

      Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)



      Makluman Kepada Semua

      PERHATIAN
      1.Mulai 1 Januari 2015, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dinamakan sebagai modul Pengurusan Murid (PM) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Sila muat turun surat siaran berkaitan.
      2.Proses naik kelas secara automatik telah dilakukan oleh sistem. Penolong Kanan Pentadbiran diwajib mendaftarkan kelas yang belum wujud atau mengemaskini kelas sedia ada di sekolah masing-masing berserta maklumat guru kelas. Guru kelas dikehendaki mengemaskini data murid SEBELUM 15 JANUARI 2015. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab di atas segala tugas pengemaskinian data dan maklumat murid diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Pengetua/Guru Besar diwajib mengesahkan semua data murid selepas tamat tempoh pengemaskinian.
      3.Kehadiran murid bagi semua sekolah adalah menerusi modul Pengurusan Murid (PM).
      4.Muat turun Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21 Tahun 2014 : Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014.
      5.Muat turun 'Garis Panduan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) '.
      6.Muat turun 'FAQ modul Pengurusan Murid (PM) '.
      7.Muat turun surat arahan 'Pelaksanaan eKehadiran melalui APDM'.

      Masuk ke APDM Klik sini